HALAMAN UTAMA

Rokok Oh Rokok

Isu rokok sudah lama diperkatakan. Banyak juga kempen untuk mengelakkan perokok baru daripada terjebak ke suatu 'tugas' yang tidak perlu. Namun begitu, setiap itu jugalah akan wujud perokok baru yang terdiri daripada anak-anak muda yang masih belum tentu nasib masa depan mereka. Yang menyedihkan, mengapa mereka suka untuk bersama benda yang banyak buruknya daripada baiknya? Sudah semestinya nafsu suka akan benda yang seronok, namun nafsu juga tidak suka kepada benda yang menyusahkan dan menyakitkan diri. Tiada apa yang menarik bagi yang bukan perokok, tetapi segalanya mungkin menarik bagi perokok. Lainlah rokok itu boleh didapati secara percuma.

Zaman sekarang nie, umur tak cukup 18 pun dah pandai merokok. Standart la dah reti merokok. Kebanyakkan perokok pun dah cuba-cuba waktu sekolah lagi. Cuma lebih berani menonjolkan diri sebagai perokok bila dah umur atas 18 tahun la kan. Tapi apa pun, mungkin kita pernah terfikir atau tidak apakah kita juga akan membenarkan anak-anak kita nanti merokok? Jika kita tidak benarkan, bagaimana cara untuk mengelakkan mereka turut terjebak dengan rokok? dan jika kita tidak benarkan, apakah mereka akan turut dan mengikut kata kita? Hurm..




Walaubagaimanapun, berikut dipetik daripada laman Info Sihat untuk direnungkan, apakah rokok ini telah menjadi keprluan manusia sejagat? Adakah kita salah satu ahlinya? Mungkin kita sebagai perokok perlu berbangga...

* Penyakit-penyakit berkaitan rokok membunuh 1 orang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.
 
* Setiap 8 saat, 1 orang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
 
* Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok tertinggi, dengan hampir 2/3 lelaki merokok.
 
* Di kalangan remaja seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada 5 orang adalah perokok.

* 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.

* Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.
 
* Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.

* Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya 5 minit hayat seseorang.

* 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok.

* 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.

Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:

Fakta sepintas lalu

* Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
 
* Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.

* 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.

* Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.

* Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
 
* Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
* Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.

Saya pun suka juga bertanya, antara gambar di bawah ini, yang mana satu pilihan kita sebagai perokok? Jom pilih, mana satu yang kita mahu... =)



Antara kandungan di dalam rokok.



Bukanlah mahu menghalang individu daripada merokok. Tetapi, menghalang perokok itu mendatangkan masalah kepada orang lain pula. Sebahagian masalah yang biasa kita dengar dan tahu tetapi dipandang remeh:-

1. Wujud masalah kewangan keluarga dan diri.
2. Masalah kesihatan diri, menyusahkan keluarga, anak-anak dan sesiapa sahaja di sekeliling kita.
3. Menggangu persekitaran yang terdapat orang lain yang tidak boleh terkena asap rokok yang kuat baunya.
4. Menggangu keselesaan orang lain dengan bau asap rokok yang melekat pada pakaian perokok.

Mesej-mesej menarik untuk Perokok-perokok.










Terima Kasih kepada pembaca budiman.
Sekadar Info Nasihat...

Minda Insan.
-INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH-

Tiada ulasan:

Nuffnang