HALAMAN UTAMA

Rekreasi : Sungai Pisang Seronok?

Assalamualaikum sidang pembaca sekalian, pernah dengar nama Sungai Pisang? Saya baru sampai awal bulan Mei lalu. Biasalah lepas exam, nak juga beriadah bersama kawan-kawan. Jadi, seorang sahabat mengajak untuk ke lokasi di sungai Pisang. Baiklah, sebelum itu saya akan berkongsikan serba sedikit mengenai lokasi tersebut.

Peta daripada Kuala Lumpur ke Sungai Pisang, Gombak, Selangor.
  • Lebih kurang 25km daripada pusat bandar Kuala Lumpur.
  • Terletak berdekatan dengan Lebuhraya Karak.
  • Airnya yang jernih.
  • Terdapat air terjun.
  • Jika masuk daripada Muka Sauk, kena melalui sebatang sungai, terowong air.
  • Perlu terus menyelusuri alira sungai atau pun boleh berjalan di tepi lebuhraya.
  • Masuk ke dalam hutan melalui laluan kecil sebelah kiri lebuhraya.
  • Teruskan sehingga akan berjumpa dengan air terjun.
  • Boleh pilih lokasi yang sesuai untuk bermandi-manda.
  • Jaga kebersihan kawasan aktiviti riadah anda.

Berekreasi di Sungai Pisang, Selangor.

Tempat letak motosikal di depan stesen muka sauk.

Peringatan penting kepada pengunjung.

Di depan terowong di bawah Lebuh Raya Karak.


Antara laluan yang perlu ditempuhi sebelum tiba ke destinasi.
Laluan yang perlu ditempuhi sebelum tiba di lokasi mandi manda.
Pemandangan pertama di kawasan air terjun yang terdapat di sungai tersebut.

Permandangan menarik di salah satu lokasi sungai.

Air terjun yang sangat rendah.

Kejernihan air sungai yang mengalir sejuk.



Serangga yang boleh dijumpai di kawasan berdekatan.

Air yang diempang dengan batu dan memberikan pemandangan yang lebih menarik.

Antara flora yang dijumpai memancarkan warnanya yang terang.

Kejernihan menunjukkan sumber air yang masih lagi terpelihara.

Keindahan sungai yang belum dicemari pembangunan.
Apa yang boleh dikatakan ialah lokasi ini amat sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan tempat rekreasi. Walaupun jauh perjalanan daripada muka sauk, namun hasilnya agak berbaloi kerana keindahannya yang semulajadi. Ini sebahagian sahaja panorama yang sempat saya rakamankan untuk pembaca yang inginkan gambaran.

Anda juga bolehlah mencari maklumat lanjut mengenai Sungai Pisang ini untuk mendapatkan maklumat tambahan yang mungkin diperlukan. Saya bersama rakan-rakan menghabiskan masa hampir 4 jam untuk menikmati kecantikan alam semulajadinya yang segar dan nyaman.

Insya-Allah, ada lagi beberapa lokasi rekreasi yang saya ingin kongsikan yang mungkin telah dikenali oleh pembaca sendiri. Saya akan memberikan komen mengikut apa yang saya alami di tempat rekreasi tersebut.


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang