HALAMAN UTAMA

Peluang Pekerjaan di Scicom Academy

Assalamualaikum, mencari kerja segera? kali ini saya ingin kongsikan satu peluang perkerjaan yang anda boleh perolehi di Scicom Academy. Jika anda masih belum berkerja dan mahu mencuba sesuatu yang baru. Secara ringkasnya, saya ingin menyatakan bahawa di Scicom Academy antara tempat yang menyediakan peluang untuk anda dan di sana anda akan mempelajari sesuatu yang baru.

Apa yang saya boleh katakan, anda akan mempelajari semuanya 100% dalam Bahasa Inggeris:-
1. Melatih Kemahiran Bahasa Inggeris.
2. Melatih Kemahiran Pembentangan
3. Melatih Temuduga atau Mock Interview
Anda juga tidak perlu bimbang untuk memperolehi kerja kerana akan ada beberapa syarikat antaranya Air Asia, Touch 'n Go, SingTel, Astro, CIMB, dan lain-lain syarikat yang datang untuk menemuduga anda di minggu-minggu terakhir latihan/kursus/training. Saya hanya kongsikan kepada anda apa yang saya perolehi dalam kursus di Scicom Academy.

Anda juga perlu tahu bahawa latihan tersebut :-
  1. PERCUMA dengan kerjasama MSC yang akan menanggung semua bayaran latihan yang diberikan selama 6 minggu ataupun 8 minggu. 
  2. Tiada had peringkat umur untuk sertai program ini.
  3. HANYA untuk lepasan Diploma dan Degree untuk semua pointer.
  4. Akan diberikan elaun setiap hari mengikut kelas yang ditentukan kelak.
  5. Setiap kelas maksimum 25 orang.
  6. Peluang mendapat pekerjaan yang tinggi dengan gaji RM1600 - RM2500 bergantung kepada kelas anda.
  7. Temuduga akan diberikan sehingga anda mendapat kerja.
  8. Anda juga akan mendapat sijil daripada dalam ataupun luar negara (UK).
Apa-apa pun, anda tidak perlu bimbang kerana tiada ikatan dengan mereka ketika program berlangsung sehingga anda mendapat pekerjaan. Insya-Allah, saya sekadar kongsikan untuk manfaat semua.

Jika anda mahukan maklumat lanjut, boleh hubungi  :-
Scicom Academy (03-21768888/03-21764888)
9th Floor, Menara TA One,
Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur.

atau pun jika mahukan peluang lebih besar, boleh ke laman web MSC untuk latihan atau pun ke laman web di http://kdi.mscmalaysia.my/ .




Dokumen yang biasa diperlukan ketika penerangan program MSC :-
  1. Salinan I/C,
  2. 2 gambar passport,
  3. Salinan sijil Diploma atau pun Degree (Transkrip sementara)
  4. Salinan Resume
  5. Salinan asal dan fotokopi Sijil SPM
Sekadar berkongsi peluang dan manfaat kepada pengunjung setia blog Minda Insan. Saya baru-baru ni baru sahaja selesai dalam latihan untuk Business Process Outsourcing (BPO) dalam BTEC Level 3 Advanced Certificate in International Contact Centre Operations (UK). Semoga mendapat manfaat dan memberikan peluang kerjaya kepada anda. Insya-Allah, Amin.

Setakat peluang interview yang ada adalah daripada :-
- Air Asia
- AIA Insurance
- Zuellig Pharma Sdn Bhd
- Atos Origin
- Kontena Nasional Sdn Bhd

Kelas saya yang tamat pada 13 Januari 2012 (MDEC 11 - 22 Orang satu kelas) 90% (18 daripada 22 orang) telah mendapat pekerjaan sebelum tamat latihan di Scicom Academy. Selebihnya akan ditemuduga selepas tamat latihan.

Sekadar berkongsi, calon yang telah berjaya menghabiskan latihan 40 hari (bergantung kepada tempoh yang ditentukan) akan mendapat 2 sijil. Satu daripada MSC dan satu lagi daripada UK (akan dikongsikan apabila diperolehi kelak). Contoh sijil pertama daripada MSC yang diberikan kepada calon-calon kelas MDEC 11.

SIJIL daripada MSC Malaysia :



SIJIL EDEXCEL LEVEL 3 BTEC daripada UK 





Sila rujuk :
Laman web MSC
Scicom Academy 
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang