HALAMAN UTAMA

Negara di Asia dalam senarai negara terkaya dunia?

Assalamualaikum, hari ini saya nak kongsikan kepada anda senarai negara-negara yang terkaya di dunia. Dan jika diperhatikan, beberapa negara di Asia telah tersenarai sebagai antara negara terkaya di dunia berdasarkan majalah Forbes yang berpangkalan di USA. Amat beruntunglah kita berada di Asia kerana mempunyai banyak sumber bahan mentah yang amat diperlukan. Namun, ianya semua tertakluk kepada pengurusan yang bijak kerana ianya akan memberikan manfaat yang sangat besar kepada pembangunan negara tersebut. 

Di Asia Tenggara khususnya, Singapura dan Brunei telah tersenarai dalam negara terkaya dunia yang mana satunya tidak mempunyai bahan mentah dan satu lagi kaya dengan bahan mentah petroleum. Tetapi kedua-duanya boleh memperolehi KDNK antara yang tertinggi di dunia. Malaysia? masih belum mampu untuk menandingi negara-negara tersebut walaupun mempunyai hasil bumi yang sangat melimpah. 

Apa pun, dibawah adalah senarai negara yang terkaya di dunia.

1. Qatar negara yang menduduki tempat pertama dalam senarai negara terkaya di dunia. Negara ketiga pengeluar gas asli dunia itu mempunyai keluaran dalam negara kasar (KDNK) $88,222 perkapita. 


2. Luxembourg berada di kedudukan ke-2 dengan KDNK $81,466 perkapita.


3. Singapura menduduki tempat ke-3 dengan KDNK sebanyak $56,694 perkapita.


4. Norway di kedudukan ke-4 dengan KDNK sebanyak $51,959 perkapita.(anggaran daripada 2009)



5. Brunei yang kaya dengan minyak berada dikedudukan ke-5 dengan KDNK $48,333 perkapita.


6. UAE menduduki tempat ke-6 yang mana mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia dengan $47,439 KDNK perkapita (anggaran daripada 2009)



7. Amerika Syarikat (AS) di kedudukan ke-7 dengan KDNK $46,860 perkapita.


8. Hong Kong di kedudukan ke-8 dengan KDNK $45,944 perkapita. Hong Kong dollar antara matawang yang diperdagangkan di dunia.


9. Switzerland di kedudukan ke-9 dengan KDNK $41,950 perkapita.


10. Netherlands di kedudukan ke-10 dengan KDNK $40.973 perkapita.


11. Australia di kedudukan ke-11 dengan KDNK $39,764 perkapita.


12. Austria di kedudukan ke-12 dengan KDNK sebanyak $39,761 perkapita, antara negara yang mempunyai kos sara hidup yang tertinggi.


13. Ireland di kedudukan ke-13 dengan KDNK $39,492 perkapita.


14. Kanada di kedudukan ke-14 dengan KDNK $39,171 perkapita.


15. Kuwait di kedudukan ke-15 yang mana negara yang mempunyai simpanan minyak yang kelima terbesar dunia dan petroleumnya menyumbang kepada 95% jumlah eksportnya. KDNK Kuwait ialah sebanyak $38,775 (anggaran daripada 2009).



Sumber : http://my.news.yahoo.com/photos/the-richest-countries-in-the-world-1330405787-slideshow/richest-countries-photo-1330405440.html

Semoga maklumat ini dapat membantu anda menilai sendiri apakah perbezaan dan bagaimana negara-negara ini tersenarai dalam senarai antara yang terkaya daripada segi pengurusan negara, taraf hidup, sumber bahan mentah dan sebagainya. Mungkinkah kita berada di landasan menuju kepada antara negara yang terkaya di dunia? Fikir-fikir dan runung-renungkan bersama.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang