HALAMAN UTAMA

Kelajuan Maxis Broadband, Apa Kelebihannya?


Assalamualaikum, hari ini saja nak kongsikan kelajuan broadband Maxis yang saya cuba sebelum habis kuota penggunaannya. Kepada yang masih tercari-cari bagaimanakah prestasi broadband yang ada di Malaysia. Saya baru sahaja mencuba Maxis Broadband Prepaid ini. Sebelum menilai tahap kepuasan penggunaan Maxis broadband, anda mungkin boleh mempertimbangkan penggunaan anda, lokasi dan tahap kestabilan internet tersebut di waktu-waktu puncak.
Saya hanya mampu berkongsikan sekadar yang telah saya alami setakat ini sahaja. Berikut secara terperinci penggunaan saya untuk Maxis Broadband ini:-
  • Lokasi: Kg Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
  • Kelajuan: 2 184 kpbs (Maksimum diperolehi setakat ini)
  • Modem: Celcom Broadband Blue Cube (Tahun 2008) 



Berikut adalah Interface Modem Blue Cube yang saya gunakan:-




Dan di bawah pula adalah antara kelajuan yang saya boleh dapatkan menggunakan modem ini dan saya juga sengaja tandakan 7 perkara yang ingin saya kongsikan bersama anda:-


Sedikit penerangan untuk nombor-nombor tersebut:-
  1. Liputan (coverage) menunjukkan satu bar (slow)
  2. Menunjukkan liputan HSDPA/3G (High-Speed Downlink Packet Access (HSDPA) is 3G (third generation))
  3. Liputan Maxis (Line Sim Kad)
  4. Modem Blue Cube (dibeli tahun 2008)
  5. Liputan penuh
  6. Kelajuan Upload (Muat Naik) 71 kbps
  7. Kelajuan Download (Muat Turun) 2 184 kbps
Tetapi, saya juga mahu kongsikan bahawa liputan untuk Internet Maxis di kawasan yang berikut:-
  • Lokasi: Berdekatan Stadium Sungai Besar, Sungai Besar, Selangor.
  • Kelajuan: Sangat Teruk dan sukar untuk diakses (Rugi guna kat kawasan sana)
Sekian sahaja perkongsian saya ketika menggunakan Maxis Broadband yang masih belum tamat kuota dan masih lagi sah tarikh penggunaannya.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang