HALAMAN UTAMA

Selawat Qasidah Ya Hanana Dengan Lirik Sambut Maulidurrasul

Allah hummasolli A'la Muhammad, Salam Maudlidur Rasul. Kali ini saya dapat merasakan selawat Qasidah yang dialunkan dengan tajuk selawatnya Ya Hanana. Alhamdulillah, untuk mendapatkan pahala dan mendapatkan syafaat di hari kiamat nanti, marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja pada hari ulang tahun kelahiran baginda, namun pada setiap masa.

Allah berfirman dalam Al-Quran Al-Karim:-

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." (Al-Ahzaab 33:56)


Subhanallah, jadi marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat tak kira masa sepanjang hidup kita, inshaAllah. Dalam hadith Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

Sempena bulan kelahiran Rasulullah S.A.W, saya kongsikan satu Qasidah yang saya sering dengarkan Ya hanana. Boleh lihatnya di Youtube atau pun downloadkan versi lain dalam format MP3 di sini Ya Hanana.


Boleh simpan gambar ini sebagai panduan kita:-






Boleh juga salinkan setiap selawatnya di bawah:-

يَا هَنَانَا

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد  ۰۞۰  بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ۰۞۰  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله
يَا هَنَانَا

خُصَّ بِالسَّبْعِ المَثَانِى ۰۞۰  وَحَوَى لُطْفَ المَعَأنِى
مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى ۰۞۰  وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
يَا هَنَانَا

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر ۰۞۰ لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
وَافتَخَرَت الُ مُضَر ۰۞۰  بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَامِ
يَا هَنَانَا

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا  ۰۞۰  وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا  ۰۞۰  سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
يَاهَنَانَا

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَامِ ۰۞۰ المُصطَفَى بَدرِالتَّمَامِ
صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا ۰۞۰  يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَامِ
يَا هَنَانَا


Boleh juga copy maksud selawat ini:-

"Betapa Beruntungnya Kami"

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
Itulah anugerah dari Allah.
Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
Penghimpun rahsia setiap makna,
Tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
Lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW),
Dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya,
Dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami,

Semoga qasidah ini memberikan kita peluang untuk terus ingat dan terus berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad sollallahua'laihiwassallam setiap masa.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang