HALAMAN UTAMA

Peluang Bantuan Lesen Motorsikal Murah (BL1M)

Assalamualaikum, tahun 2013 inilah tahun bantuan diberikan kepada rakyat Malaysia. Bagi rakyat Malaysia yang masih belum memiliki lesen motorsikal B2, saya menyarankan agar anda memohon Bantuan Lesen 1 Malaysia ini. Orang muda sekarang sangat beruntung apabila banyak bantuan yang diberikan. Saya kongsikan sedikit maklumat berkaitan BL1M ini kepada anda dengan harapan, jangan lepaskan peluang bantuan yang diberikan kepada kita tidak kiralah daripada pihak mana sekali pun, asalkan memberikan manfaat kepada kita selagi tidak membebankan dan menyusahkan.

Apakah itu BL1M?

BL1M (BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA) diilhamkan oleh SHEB (Sekretariat Hal Ehwal Bandar) pada awal tahun 2012 dan telah memulakan program perintisnya pada 6hb April 2012 dan tamat pada 6hb September 2012 di PEKAN , PAHANG bersama KELAB KAWAN.

Dalam program perintis ini, kami mendapati banyak isu-isu berhubung dengan lesen dan berpendapat bahawa ada baiknya jika program ini dapat dilaksanakan di seluruh negara.

Program ini telah diberi pengiktirafan sebagai Program Nasional yang akan dilaksanakan apabila ianya diumumkan oleh YB. Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO MALAYSIA semasa Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Kajian SHEB mendapati dalam tempoh 10 tahun lebih 200,000 orang telah didapati bersalah memandu tanpa lesen. Angka ini dalam realiti lebih besar memandangkan masyarakat memandang remeh dalam konteks ini serta kurang kesedaran bahaya menunggang tanpa lesen.

Syarat-syarat Kelayakkan

  1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013.
  2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu.    
  3. Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja    
  4. Sihat tubuh badan    
  5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan PengangkutanJalan Malaysia (JPJ)    
  6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada 'My E.G. Services Berhad')    
  7. Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.    
  8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ    
  9. Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada info@bl1m.my atau hubungi talian helpdesk
    MyEG 03-7801 8888    
  10. Tiada cara pintas 
Dapatkan Maklumat Lanjut permohonan di sini.





FAKTA BL1M
 
Hanya untuk Lesen B2 tunggal.
Disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia
Terbuka kepada rakyat yg tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40
Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara.
Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.
Akan berjalan serentak setelah dirasmikan
Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali

Diharapkan rakyat Malaysia yang masih belum memiliki lesen motorsikal, dapat merebut peluang ini hanya dengan membayar sebanyak RM199 untuk mendapatkan lesen B2 sehingga berjaya mendapat lesen.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang