HALAMAN UTAMA

Tanda Wakaf Dalam Al-Quran

Assalamualaikum, alhamdulilah sudah pun hampir masuk ke separuh bulan atau bahagian kedua bulan Ramadhan. Bulan ini ialah bulan al-quran, maka banyaklah yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pahala dan ganjaran yang berganda pada bulan ini. Namun, sedar atau tidak, apabila bulan Ramadhan tiba, sudah pasti antara perkara yang paling mendapat tumpuan adalah bertadarus al-quran.

Namun, disebalik ghairah membaca al-quran, sedarkah kita mungkin dalam bulan ini kita boleh menghatamkan sebuah alquran dengan bacaan yang dilakukan mengikut waktu yang disusun sendiri untuk mengisi masa yang lebih banyak di bulan ini dengan bacaan kalamullah ini. MashaAllah.

Oleh itu, mari saya kongsikan beberapa tanda wakaf di dalam Al-Quran yang mungkin kita selalu jumpa tetapi tidak ingat akan maksud disebalik tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda waqaf (berhenti): Tanda-tanda yang diletakkan di Mushaf agar pembaca mengetahui letak waqaf dan washl (terus). Tanda-tanda ini berjumlah enam, seperti berikut ini:


Tanda Waqaf Lazim; harus berhenti, seperti:



 : Tanda Waqaf Mamnuu‘: dilarang berhenti, seperti: 



 : Tanda Waqaf Jaiz (boleh) yang berhenti atau terus sama hukumnya, seperti:



 : Tanda Waqaf Jaiz yaitu: Boleh berhenti, tapi lebih baik diteruskan, seperti:



 : Tanda Waqaf Jaiz, yaitu: Boleh berhenti, dan itu lebih baik. Seperti: 



Tanda waqaf mu‘anaqah: hukumnya boleh memilih, jika berhenti pada yang pertama, pada yang ke dua harus terus atau sebaliknya, seperti:



Semoga bacaan kita akan lebih baik dengan mengikuti dan mematuhi tanda-tanda wakaf yang ada di dalam al-Quran Kareem yang kita baca dan fahami. InshaAllah.

Sumber diambil daripada Kamus Istilah AlQuran.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang