HALAMAN UTAMA

49 Kongsi Gelap Haram Di Malaysia Ogos 2013

Assalamualaikum, rupa-rupanya terdapat 49 kumpulan kongsi gelap yang wujud di Malaysia mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh KDN. Berikut senarai 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh Malaysia yang telah dilaporkan PDRM dalam kenyataan akhbarnya.

Senarai yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia diambil daripada sumber PDRM. Sumber sini.

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan laman web KDN. Sumber sini.

***************
 SENARAI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN KONGSI GELAP


  1. Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
  2. Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
  3. Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
  4. Tiga Line yang bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.
  5. Geng 30 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
  6. Geng 38 yang aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor.
  7. Geng 24 (aktif di enam kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor)
  8. Geng 18 (aktif di lapan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor)
  9. Geng 36 (aktif di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur)
  10. Gee Ah Eng
  11. Loh Kuan
  12. Tiang Yee Tong
  13. Geng 21
  14. Ang Soon Thong
  15. Wah Kee
  16. Sio Sam Ong
  17. PNEH
  18. Hong Hong San
  19. Hai San
  20. Sin Ang Bin
  21. New Cell 20
  22. Jit It Hai
  23. Sio Koon Tong
  24. Gee Lam Kor
  25. Geng Leng Hor
  26. Geng 35
  27. Geng 303
  28. Geng Satu Hati
  29. Sabah ATAP (SABAH) 
  30. Hung Ann (SABAH) 
  31. Sui Yuk (SABAH) 
  32. Otai (SABAH) 
  33. Borneo Red EMP (SABAH) 
  34. Sarawak Ah Ngau (SARAWAK)
  35. Batu Tiga (SARAWAK)
  36. Ah Feng (SARAWAK)
  37. Batu 10 (SARAWAK)
  38. Sibu T (SARAWAK)
  39. Ah Seng (SARAWAK)
  40. Ah Chin (SARAWAK)
  41. Lee Lung (SARAWAK)
  42. Lo Han (SARAWAK)
  43. Sg Merah (SARAWAK)
  44. Sg Badut (SARAWAK)
  45. Ting Ching Lee (SARAWAK)
  46. Tua Cak Lee (SARAWAK)
  47. Teksi Station (SARAWAK)
  48. Pintu Merah (SARAWAK)
  49. Krokop (SARAWAK)

KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI: PEWARTAAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN KONGSI GELAP DI MALAYSIA

(29 August 2013 - Kenyataan Media/Akhbar)

KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI :
PEWARTAAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN KONGSI GELAP DI MALAYSIA

1.    YB Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan 49 buah Pertubuhan Kongsi Gelap di seluruh negara sebagai pertubuhan- pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui Pewartaan P.U. (A) 272/2013.

2.    Pertubuhan-Pertubuhan Kongsi Gelap ini merupakan pertubuhan yang menjalankan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di negara ini seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan di antara pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap, huru-hara dan melakukan pembunuhan dengan cara menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya.



3.    Peruntukan di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335], adalah berkaitan kuasa Menteri di dalam mengisytiharkan sesebuah pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang.

“Maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri, menurut budi bicaranya yang mutlak dengan jalan perintah, mengisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang mana-mana pertubuhan, cawangan atau peringkat atau jenis pertubuhan yang pada pendapatnya adalah atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana tempat di dalamnya, ketenteraman awam atau akhlak”.

4.    Dari segi implikasi pengisytiharan 49 pertubuhan kongsi gelap sebagai pertubuhan menyalahi undang- undang di bawah seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966:
  • a) Tiada seorang pun boleh menggunakan semula nama Pertubuhan yang menyalahi undang- undang untuk didaftarkan sebagai pertubuhan berdasarkan kepada peruntukan seksyen 7(3)(b) Akta Pertubuhan 1966.
  • b) Segala akaun, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia; dan
  • c) Tiada seseorang pun boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap. Mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335. Sebagai contoh, seksyen 6 (2) dan 6 (3), seksyen 42 dan seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta seksyen 142 Kanun Keseksaan.
  • d) Tiada sesiapa pun boleh menggunakan semula tulisan, senarai anggota- anggota, panji- panji atau tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang- undang berdasarkan kepada peruntukan seksyen 52 (3), Akta Pertubuhan 1966;

5.    KDN dan agensi- agensinya iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran dan Pertubuhan Malaysia, dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan akan terus memperhebatkan usaha memerangi kegiatan- kegiatan kongsi gelap dan jenis- jenis jenayah berat yang lain demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam. KDN juga bekerjasama erat dengan Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Badan- badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk semua pihak yang berkaitan bagi memperlihatkan keseriusan KDN dan PDRM untuk membanteras jenayah.

6.    Saya juga menyeru agar masyarakat turut memberi kerjasama dalam membantu usaha kerajaan untuk membanteras jenayah dan pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap yang bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada.

Semoga maklumat ini memberikan kita pengetahuan mengenai kewujudan kongsi gelap dan nama serta simbol yang digunakan di kawasan dan negara kita.

Sekian, Terima kasih.


MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang